1.      Text Box: K a n d u n g a nPendahuluan

 

      Sekapur sireh                                                                          

      Kepemimpinan Selayang pandang                                            

      Objektif Kajian                                                            

      Kepentingan Kajian                                                                 

      Sinopsis Cerita                                                            

      Watak

o       Raja Mongkut                                                             

o       Anna Leonowens

o       Louise

o       Chao Phya (Perdana Menteri)

o       Putera Chulalongkorn (Putera Mahkota)

o       Tuptim (Gundik Raja)

o       Alak (Menteri / Pengkhianat Raja)

o       Putera Chow Fa

o       Permaisuri Thiang

o       Puteri Fa Ying (puteri Raja)

o       Moonshee & Beebe

o       Wakil Kerajaan Peranchis

o       Wakil Kerajaan British

o       Watak Pengawal Peribadi Raja (Haris Iskandar)

o       Watak Jurubahasa Raja (Afdhlin Shauki)

o       Watak isteri-isteri Raja

o       Watak Anak-anak raja.

o       Watak rakyat jelata Siam

2.      Analisis kepemimpinan berdasarkan watak dan perwatakan

a.       Raja Mongkut

b.      Anna

3. Kesimpulan / Rumusan

4.      Bibliografi

5.      Lampiran

a.       Lampiran 1

b.      Lampiran 2

c.       Lampiran 3

d.      Lampiran 4

M/surat

 

 

 

 

 

2

3 – 6

7 – 8

9

10 – 12

13 - 28

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

29 – 40

 

 

 

40 – 41

 

43

 

44

 

1.  PENDAHULUAN

 

 Sekapur Sireh 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat kami menyiapkan  tugasan yang diberikan di sini sepertimana yang dikehendaki oleh pihak pensyarah untuk melengkapkan pembelajaran kami. Dengan kajian filem yang kami lakukan ini, diharap akan dapat memenuhi kehendak pensyarah di samping meningkatkan pengetahuan kami dalam bidang kepemimpinan yang dapat kami aplikasikan dalam kerjaya kami mahupun dalam penghidupan seharian kami kini dan di masa hadapan.

 

Terima  kasih kami kepada pihak yang terlibat dalam menghasilkan bahan rujukan untuk kami menyempurnakan tugasan ini. Ketahuilah, semua yang baik itu datangnya daripada ALLAH dan yang buruk itu adalah berpunca daripada kelemahan kami sendiri.

Wassalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kepemimpinan Selayang Pandang

 

Apabila sahaja disebut kepemimpinan, kita akan mengkaitkan dengan pemimpin.  Perkataan pemimpin dan kepemimpinan sebenarnya mempunyai makna yang berbeza untuk dihuraikan.

Ada yang mendefinisikannya sebagai penggunaan pengaruh, memotivasi dan memberi inspirasi, membantu yang lain menyedari  potensi mereka misalnya dalam memimpin, sifat tidak mementingkan diri sendiri dan membuat perubahan. Pemimpin adalah seseorang yang membolehkan sesuatu perkumpulan bersatu bersama dalam proses untuk membangun, berkongsi dan menuju matlamat dengan tujuan pencapaian matlamat.[1]

Pemimpin adalah individu yang menjalankan kepemimpinan.  Sementara kepemimpinan adalah tindakan atau perlakuan untuk mengetahui sesuatu dan ia adalah sesuatu yang boleh diperbaiki. Kepemimpinan diperlukan untuk membawa manusia mencapai matlamat ataupun tujuan dan nilai-nilai yang mereka anggap berguna.[2]

Kajian dan tulisan beberapa tokoh dalam bidang pengurusan seperti Edmonds (1979) dan Sergiovanni (1987), telah menunjukkan bahawa kepemimpinan memainkan peranan yang penting untuk menentukan kelicinan, kecekapan, dan keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi.

Pemimpin berperanan untuk memastikan kumpulan atau individu yang dipimpin mencapai matlamat.  Pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk mengawal, mengurus dan mentadbir individu dan sumber-sumber yang ada dalam sesuatu sistem sosial.  Pemimpin juga menjalankan peranan sebagai pengeluar, pelaksana, perintis dan pengintegrasi.[3]   Itu apabila pemimpin tersebut mempunyai pengikut melalui organisasi ataupun perkumpulan yang dipimpinnya.  Andai tiada berorganisasi, seseorang itu tetap dikatakan pemimpin. Ia memimpin dirinya sendiri ataupun ahli keluarganya.  Sebab itu telah dibahagikan kepimpinan ini kepada dua konsep asas iaitu kepemimpinan formal dan kepemimpinan tidak formal.

Secara ringkasnya kepimpinan formal adalah pemimpin yang dilantik secara rasmi dan mendapat gaji atau upah di dalam sesebuah organisasi, sementara kepimpinan tidak formal pula, perlantikan adalah secara tidak rasmi dan tiada gaji.  Ianya hanya berdasarkan rasa tanggungjawab dan secara sukarela, termasuklah dalam memimpin diri dan keluarga sendiri.

 

Kategori Gaya Kepemimpinan

 

Dalam kepemimpinan terbahagi beberapa corak yang menentukan gaya kepemimpinan seseorang pemimpin itu.  Menurut takrifan Razali (1993) corak kepemimpinan adalah satu struktur kemahuan yang terlindung dalam diri pemimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam pelbagai suasana kepimpinan. 

 

  1. Kepemimpinan Autokratik
  2. Kepemimpinan Demokratik
  3. Kepemimpinan laissez-faire
  4. Kepemimpinan transformational
  5. Kepemimpinan  transaktional

Gaya kepemimpinan yang biasa terdapat masakini adalah secara Demokratik dan Autokratik.  Walaupun begitu demokratik dianggap corak kepemimpinan terbaik dan di kalangan pengikut bagi pemimpin yang autokratik kini majoritinya sedang memperjuangkan untuk gaya kepemimpinan demokratik.  Kepemimpinan gaya demokratik ini banyak memberikan galakan dan sokongan kepada pengikut untuk mengambil bahagian dalam perancangan, keputusan dan perlaksanaan.[4]

"Management is to get things done through and with other people".[5]  Kepemimpinan yang efektif adalah ketrampilan mengurus dalam pelaksanaan pekerjaan bersama atau melalui  orang lain.  Seseorang pemimpin perlu memiliki kemahiran samada teknik mahupun pengurusan yang profesional  yang sesuai dengan bidangnya  dalam menjalankan fungsi dirinya sebagai pemimpin.  Kemahiran tersebut perlu dalam memilih, mendidik, memotivasi, mengembangkan sehingga membuat keputusan dalam urusan kerja.

 

Ciri-ciri Kepemimpinan yang Efektif

 

 

Antara ciri-ciri pemimpin yang efektif adalah:

  1. Konsisten
  2. Kemampuan pendekatan
  3. Kemampuan mengatasi kritik
  4. Kemampuan menjaga kepercayaan [6]

Seorang pemimpin perlu membuat sesuatu secara konsisten dan sederhana.  Konsisten dalam isu ini membabitkan pendirian dan kaedah pemimpin dalam memimpin.  Pemimpin perlu konsisten dalam kepemimpinannya tetapi tidak boleh membuat sesuatu secara mengejut kerana pengikut akan sukar menerima dan melaksanakannya.

Kemampuan pendekatan membawa erti perhubungan sosial sesama pengikut.  Pemimpin yang baik dan berkesan adalah pemimpin yang mempunyai hubungan dan komunikasi yang baik dengan pengikutnya tanpa mengira taraf mereka. Dengan pendekatan ini, maka seseorang pemimpin akan lebih mengenali pengikut dan dapat mengetahui keperluan pengikut dan strategi-strategi yang sesuai dalam memimpin.  Ianya akan dapat dikenalpasti dengan lebih tepat.

Kemampuan mengatasi kritik juga adalah perlu kerana dengan kritiklah maka seseorang pemimpin akan mengetahui kelemahan dan kekurangan dalam kepemimpinannya untuk diperbaiki.  Pemimpin yang bijak tidak akan memandang remeh atau melatah pada kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Akhir sekali adalah aspek kemampuan menjaga kepercayaan atau keyakinan pihak yang dipimpin.  Setiap keputusan yang dibuat akan dinilai dan diambilkira oleh pengikut dalam menambahkan keyakinan mereka kepada pemimpin.  Seseorang Pemimpin tidak boleh terlalu berlembut atau terlalu bertimbangrasa tanpa memikirkan rasionalnya.  Perkara sebegini akan dijadikan penilaian oleh pengikut samada yakin atau tidak dengan kepemimpinannya.

 

 

 

 

 

 

Objektif Kajian

 

 

“Pemimpin yang tidak ada kuasa, jika boleh menundukkan orang, ini luar biasa, tetapi pemimpin yang berkuasa, kalau boleh tundukkan orang lain, bukanlah perkara biasa, kerana orang takut dengan kuasanya.”

 

Kajian ini bertumpu kepada soal kepimpinan dalam filem yang ditonton.  Filem Anna And The King ini dipilih memandangkan banyak perkara yang  menonjolkan hal-hal perkaitan dengan kepemimpinan.  Pertamanya, sememang ia menceritakan tentang seorang pemimpin. Pemimpin negara yang tidak pernah dijajahi oleh mana-mana kuasa Barat.  Pemimpin negara yang mana mempunyai adat tradisi yang unik yang pasti dikagumi oleh pendatang dari luar.  Ianya akan membicarakan tentang sifat-sifat kepemimpinan melalui watak utama dalam filem ini. Perkara ini akan dibincang dan diperluaskan pengertian dan kajian serta huraian lebih lanjut tentang apa-apa yang berkaitan dengan isu-isu kepemimpinan.

Hasil perbincangan dan kajian ini amat berguna pada semua.  Sekiranya kita akan dapat memegang jawatan penting dalam organisasi, kajian ini boleh dimanfaatkan.  Begitu juga seandainya kita atau pembaca menjadi pemimpin walaupun dalam keluarga sendiri, ianya akan menjadi sangat berguna untuk diaplikasikan dalam menghadapi realiti kehidupan ini.

Setiap  diri sebenarnya adalah pemimpin, kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri, maka tidak boleh kita nafikan bahawa kita perlu mempelajari seni-seni kepemimpinan agar kita dapat menghasilkan kriteria kepemimpinan yang baik dan boleh dicontohi atau setidak-tidaknya kita akan tahu bagaimana untuk menjadi pemimpin yang punya gaya kepemimpinan sebenar.

Dari penjelasan yang diberikan di atas, dapatlah dirumuskan beberapa objektif kajian ini:

1.      Memerhati ciri-ciri kepemimpinan yang baik.

2.      Menilik sifat-sifat kepemimpinan yang boleh menyebabkan hancurnya sesebuah organisasi.

3.      Mengkaji kepelbagaian sifat menurut perbezaan budaya dalam kepemimpinan.

4.      Mengaplikasikan sifat kepemimpinan yang wajar dalam diri untuk kemajuan diri, keluarga dan masyarakat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kepentingan Kajian

 

Kajian ini adalah penting dalam membina watak dan melatih diri untuk menjadi seorang pemimpin yang serba boleh dan sesempurna yang boleh agar pihak yang dipimpin akan dapat mencapai matlamat organisasi, mahupun matlamat diri sendiri.

Setiap watak utama yang dilakunkan dalam filem ini ada menonjolkan sifat kepemimpinan yang boleh dijadikan panduan .   Seorang individu yang mahu menjadi pemimpin perlu banyak memerhati samada dari apa yang dilakonkan dalam filem-filem, mahupun realitinya. 

Filem yang baik seperti Anna And The King ini telah disunting dan disusun skripnya untuk menunjukkan dengan nyata akan sikap pemerintah mahupun mereka yang diperintah.

Kajian dari lakonan mereka ini amat penting untuk menambahkan pengetahuan kita untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.  Seorang pemimpin yang baik dan berkesan, nescaya akan dapat membawa pihak yang dipimpin ke arah kejayaan.  Sebaliknya, bagi pemimpin yang tidak mahu membuat peningkatan diri dengan memerhati kejayaan dan kegagalan orang lain, nescaya tidak akan dapat membawa pengikutnya ke arah yang sepatutnya.

Dari itu, setiap individu yang merasakan diri mereka adalah pemimpin perlu membuat kajian demi kajian tentang sikap dan sifat kepemimpinan yang sepatutnya mereka miliki.  Justeru itu, kajian kita dalam filem ini, adalah antara usaha yang dilakukan dalam menambahkan reputasi diri kita sebagai bakal pemimpin atau mungkin ada yang telah menjadi pemimpin, yang perlukan peningkatan demi kemajuan organisasi mereka.

 

Sinopsis Cerita

 

 

Filem ini mengisahkan seorang guru berbangsa Inggeris bernama Anna Leonowen yang telah ditawarkan untuk mengajar anak-anak  Raja Mongkut yang memerintah negara Siam (Thailand) di sekitar tahun 1862. 

Raja Mongkut yang hendak memperkenalkan kehidupan cara Barat dalam keluarganya telah mengupah Anna untuk mengajar 23 orang isteri, 42 orang gundek dan 58 orang anaknya.

Di awal kedatangannya, ramai pembesar-pembesar Siam termasuk Putera Mahkota, Putera Chulalongkorn, yang khuatir dan tidak bersetuju oleh kerana beliau adalah orang asing.  Walaupun begitu, Raja Mongkut tetap mahu Anna mengajar anggota keluarganya terutamanya dalam bahasa Inggeris, peradaban, sains dan sastera dari Barat.

Dalam masa yang sama, terdapat antara pembesarnya yang telah mengatur rancangan untuk memberontak dan merampas kuasa di samping ancaman dari orang-orang Burma yang sering melakukan pembunuhan dan pemusnahan harta benda rakyat Siam.

Anna pula seorang ibu tunggal muda beranak satu, bersikap berani dan suka menegur ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.  Meskipun beliau telah dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan pemerintahan negara, namun beliau tetap dengan pendiriannya bahawa keadilan dan pembelaan perlu ditegakkan.  Dalam mengajar juga Anna tidak menunjukkan perbezaan taraf antara anak raja mahupun anaknya sendiri.  Kebijaksanaan dan ketabahan Anna akhirnya berjaya melembutkan hati Raja Chulalongkorn yang pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan ayahnya memanggil orang asing untuk menjadi guru mereka.  Tetapi sikap Anna yang lembut  dalam tegas, yakin, berani kerana benar, memberi kesedaran kepada Raja Chulalongkorn untuk berfikiran terbuka.

Kesetiaan rakyat amat diutamakan dalam cerita ini. Adat bersujud dan berlutut apabila bertemu Raja dan pembesar-pembesar ditonjolkan dalam filem ini.  Anna sebagai guru yang dibayar gaji oleh raja, tetap dengan pendiriannya untuk tidak turut sama melakukan amalan menghormati raja itu, sebaliknya, menghormati raja tersebut dengan cara negaranya.

Adik Raja Mongkut,  Raja Chowfa turut sama membantu dalam menjaga ketenteraman negara Siam dalam usaha menghapuskan musuh-musuh negara  yang mana akhirnya ia terkorban dalam satu perangkap yang telah diatur oleh menteri yang menjadi gunting dalam lipatan yang dalam diam-diam telah merancang satu rampasan kuasa. Alak yang bijak berlakon di hadapan Raja Mongkut selama ini telah membuat pakatan dengan pihak musuh untuk merampas kuasa. 

Raja Mongkut dan Perdana Menterinya mengatur strategi untuk menyelamatkan negara tersebut dari ancaman musuh.  Di samping itu, mereka merancang untuk menyembunyikan kesemua ahli keluarga Raja Mongkut dengan harapan keturunannya itu akan dapat terus mempertahankan empayar Siam di masa akan datang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Raja Mongkut. 

Raja Mongkut merancang untuk memerangkap menteri dan pengikutnya yang belot itu. Namun segala perancangannya berubah di mana Anna akhirnya telah menjadi penyelamat empayar Siam dengan menggunakan kebijaksanaannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Watak-watak Dalam Cerita

 

Anna Leonowens                                                             

W

atak utama dalam filem ini adalah Anna Leonowens dan Raja Mongkut.  Anna Leonowens, seorang ibu tunggal beranak satu mengharungi masa-masa yang mencabar untuk melupakan kesedihan kerana kematian suaminya dalam peperangan di India.  Selain seorang yang tabah, beliau juga seorang yang bijak dan tegas dalam membuat keputusan.  Sifat kewanitaannya yang mudah belas kasihan, menyebabkan beberapa kali beliau mencampuri urusan pemerintahan kerajaan Siam ketika itu.

Sebenarnya Anna telah datang ke negara Siam atau Thai, untuk menjadi pengajar kepada anggota keluarga Raja Mongkut.  Pada awal kedatangannya, ada  pihak yang tidak begitu setuju kerana dikhuatiri beliau akan merosakkan budaya Siam dengan mempengaruhi orang-orang Siam ke arah budaya Barat yang di anggapnya sebagai budaya hidup dunia.  Pandangan serong dan sambutan dingin orang-orang di sekelilingnya tidak dipedulikan oleh Anna dan dia terus menjadi Anna, seorang rakyat British yang tetap menghormati budaya setempat, namun menentang penindasan termasuk penindasan terhadap hamba.

Peringkat awal dalam filem ini, menggambarkan Anna, seorang yang berani dan menyanjungi budayanya sendiri.  Beliau tidak mahu mengikut adat menghadap Raja dan pembesar meskipun telah dimaklumkan yang mana seseorang yang akan menemui Raja dan pembesar kerajaan perlu tunduk sujud atau melutut.   Beliau menunjukkan hormat kepada Raja dan pembesar dengan cara budaya asalnya. Kenapa agaknya?  Kita bukan mahu mengkritik skrip lakonan filem ini.  Namun kita boleh membuat andaian sendiri yang mana kemungkinan pakaiannya agak menyukarkannya untuk sujud dan melutut !

Dalam filem ini, sikap Anna bukan hanya menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang berani, bahkan tetap pendirian dan tidak takut pada sesuatu yang beliau anggap benar.  Beliau menyambut cabaran untuk menerima tawaran mengajar keluarga Di raja ini berbekalkan semangat waja, bermula dengan konfrontasi dengan anak sulung raja, persahabatan yang terjalin dengan gundik raja, Tuptim dan akhirnya mula bermain perasaan tentang cinta dengan Raja Mongkut. Watak Anna menunjukkan walaupun beliau tidak mahu tunduk dengan adat-adat orang-orang Siam, namun, beliau berusaha untuk berkomunikasi dan mempelajari bahasa orang tempatan.

Selain dari itu, tidak lupa juga watak Anna sebagai seorang ibu tunggal yang memelihara seorang anak lelaki bernama Louise.  Dia suka berterus terang dengan anaknya dan itu dilihat sebagai caranya dalam mendidik atau memimpin anaknya itu.  Ketika menjalankan tugas, ia tidak langsung membezakan layanan samada individu itu anak kandungnya atau anak raja sekalipun.  Ini dapat dilihat ketika babak Louise dan Raja Chulalongkorn dihukum menulis 1000 kali di papan hitam kerana bergaduh ketika di dalam kelas. 

Kalau dilihat pada aspek perasaan pula, dia seperti  manusia biasa yang lain yang ada rasa sunyi dan memerlukan teman.  Namun oleh sebab ia tabah, ia pandai menyembunyikannya tetapi tidak dari pendangan dan pengetahuan Raja Mongkut yang dapat membaca kesukaran yang dilaluinya sehingga pernah ketika Menteri Chao Phya berbual dengan Raja Mongkut, ia berkata, “ Anna rasakan ia sama seperti lelaki”  lalu Raja Mongkut menambah, “…Bukan! Dia seperti sama dengan Raja..” 

(She believes herself the equal of a man. No... the equal of a King!)

Dalam diam, Anna sebenarnya mengkagumi sikap Raja Mongkut.  Ia tetap ada rasa takut, namun, ia tahu yang ia perlu menyembunyikan ketakutannya sebagaimana ia menyembunyikan rasa cintanya terhadap Raja Mongkut itu dari pengetahuan orang lain, meskipun anaknya sendiri.

Setelah melihat keadaan penghidupan di Siam, Anna memahami bahawa setiap sesuatu yang diinginkan tidak datang sekelip mata, sebaliknya, perlu tunggu masa yang akan tiba yang tidak tahu bila meskipun tentang cinta.  Anna digambarkan sebagai seorang wanita British yang penuh beradab dengan peradaban bangsanya.

Kebijaksanaan Anna pula ditunjukkan dalam babak Raja Mongkut menentang pengkhianat yang mahu menghancurkan kerajaannya.  Ketika itu Raja Mongkut membawa semua isteri-isteri, gundik-gundik dan anak-anak beliau untuk disembunyikan dari dibunuh oleh pengkhianat negara.  Anna mampu memikirkan cara yang baginya mungkin akan dapat mengelakkan berlaku pertumpahan darah atau yang lebih tidak diingininya ialah, terbunuhnya Raja Mongkut.

 

 

 

 

 

  Raja Mongkut

Watak Raja Mongkut digambarkan sebagai seorang yang tegas, bijaksana, pandangan yang luas, pemaaf dan berfikiran terbuka.  Walaupun kuat mengamalkan adat tradisi Siam, namun beliau sering memikirkan sesuatu untuk memajukan empayarnya yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah Barat khususnya.  Beliau mempunyai wawasan yang jauh ke hadapan dengan strategi-strategi tersendiri beliau.  Antaranya dengan memperoleh seramai mungkin anak, untuk tambah memperkukuhkan empayarnya.  Kemudian memberikan didikan dan pelajaran Barat kerana mahu mereka yang bakal menerajui pemerintahan empayar itu mengetahui tentang ilmu-ilmu di dunia .  Dengan itu, mereka tidak akan dipandang rendah oleh kuasa-kuasa dunia yang lain.

Raja Mongkut membuat hubungan diplomatik dengan negara-negara asing terutama yang datang berdagang ke negaranya kerana ia tahu, ia perlu berbuat demikian untuk memperkembangkan kemajuan negaranya dari segi ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain. 

Dalam mengendalikan keluarga, Raja Mongkut nyata adalah suami dan bapa yang penyayang serta mengambil berat akan anggota keluarganya.  Dalam kesibukan menguruskan hal-hal pemerintahan, beliau tidak keberatan untuk melayani masalah anggota keluarganya  ketika diperlukan.  Sikap ini digambarkan dalam babak di mana Puteri Fa Ying datang mengadu tentang pergaduhan antara Raja Chulalongkorn dan Louise, anak kepada Anna. Beliau meninggalkan urusan ketika itu hanya untuk melihat apa yang hendak disampaikan oleh anak kesayangannya itu.  Putera Chulalongkorn juga dididiknya agar mampu bertindak sebagai seorang pemimpin yang berkesan ketika memerintah kelak.

Ketika Puteri Fa Ying meninggal dunia, dilihatkan kesedihan beliau sebagai seorang bapa walaupun beliau sebenarnya adalah seorang pemerintah sebuah empayar yang besar.

Kepemimpinan beliau terserlah ketika menghadapi masalah samada masalah dalam keluarga mahupun masalah negara yang memerlukan kebijaksanaan dan kewarasan pemikiran sebagai seorang pemimpin agar setiap pembuatan keputusan beliau tidak silap kerana tersilap langkah atau pembuatan keputusan mampu mengancam kedudukan beliau sebagai pemimpin negara. 

Sistem pemerintahnya lebih kepada sistem demokratik yang mempunyai hirarki pemerintahan dari Raja, Perdana Menteri dan menteri-menteri lain di bawahnya.  Namun adakalanya, pemerintah Raja Mongkut itu seperti pemerintah Autokratik yang menguasai segalanya.  Walau apapun, baginda Raja Mongkut adalah seorang pemimpin yang berkebolehan dan berwawasan. 

Filem ini tidak menonjolkan keburukan Raja Mongkut, sebaliknya segala yang baik adalah sifatnya.  Beliau mungkin dikatakan kejam kerana menjatuhkan hukuman bunuh kepada gundik, Tuptim yang telah dituduh berlaku curang.  Namun segalanya berlaku kerana beliau mahu menjaga imej beliau sebagai seorang pemimpin.  Di hadapan Anna beliau mengaku bahawa sebenarnya beliau hanya mahu menjatuhkan hukuman penjara kepada Tuptim, namun, masuk campur Anna menyebabkan beliau menghukum mati Tuptim kerana dirasakan kepemimpinannya telah dicabar.  Sikap ego seorang pemimpin tetap ada padanya.  Kata-katanya, Beta adalah Raja, beta akan memimpin, sering menjadi ucapannya.

  Louise Leonowens        

Louise adalah anak tunggal Anna yang dibawanya bersama ke Siam.  Anak ini telah lahir di India dan tidak pernah pulang ke tanahair ayah dan ibunya di England.  Mendiang ayahnya seorang tentera yang dibanggakan keberaniannya. 

Louise seorang yang bijak dan rajin bertanya terutama kepada ibunya tentang sesuatu yang ia ingin tahu.  Keberaniannya terserlah ketika beliau dengan berani menolak Raja Chulalongkorn kerana Chulalongkorn telah menghinanya.  Sebagai kanak-kanak, beliau dipaparkan sebagai seorang anak yang berdisiplin, namun oleh kerana sesuatu yang menyakitkan hati, beliau akan mempertahankan diri beliau terutama sesuatu yang mengusik kenangan bersama ayahnya.  Sikap suka bermain juga tidak lari dari Louise.  Beliau agak terkejut ketika mula tiba di Siam oleh kerana budaya di Siam yang jauh berbeza dari orang-orang India di mana ia lahir.

 

  Chao Phyat     

Chao Phya adalah Menteri Penasihat atau lebih kepada tugas Perdana Menteri dalam Hirarki pemerintahan Raja Siam, merupakan seorang tua yang berpelajaran dan bijak juga dalam memimpin.  Beliau berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris.  Ini bermakna beliau tidak ketinggalan dalam mengikut kemajuan dunia.  Sikap yang tenang, dan sabar melayakkan beliau menjadi salah seorang yang dikategorikan dalam mempunyai sifat kepemimpinan yang berkesan.

Ketaatan dan sifat disiplin yang tinggi menjadikan beliau seorang pengikut yang setia.  Faham akan halatuju pemimpin di atasnya (Raja Mongkut) menyebabkan beliau dapat menyumbangkan pandangan dan pendapat yang bernas yang dapat diterima oleh Raja Mongkut.

Ketegasan beliau juga ditonjolkan terutama di babak ketika Anna baru tiba ke Siam.  Jawatan Penasihat atau ‘Kralahom’ yang beliau sandang menyebabkan beliau rapat dengan Raja Mongkut.  Akan tetapi wataknya sebagai seorang tua yang berpengalaman menyebabkan beliau melayan Anna dengan lembut walaupun Anna melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita di negara Siam itu.

Walau bagaimanapun, Chao Phya digambarkan sebagai seorang yang amat setia dan berbangga dengan adat tradisi budaya bangsanya.

 

 Putera Chulalongkorn t        

Putera Chulalongkorn menjadi suara pencerita / latar belakang di dalam filem ini.  Sebagai seorang yang bakal menjadi raja selepas ayahnya, Chulalongkorn telah dilatih untuk menjadi seorang pemimpin yang bijak, yakin pada diri, tabah dan tahu membuat keputusan kerana ia akan menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat dan akan memegang tanggungjawab berat di masa hadapan.

Peringkat awal kedatangan Anna, Chulalongkorn menunjukkan reaksi yang tidak begitu menyenangkan.  Beliau merasakan bahawa ayahnya, Raja Mongkut mengupah orang asing mengajarnya untuk menghukumnya atas kesalahan yang dilakukannya.  Chulalongkorn bagaimanapun tetap dengan disiplin yang telah diterapkan oleh Raja Mongkut dalam setiap anaknya.  Sifat ego dan bangga dengan empayar ayahnya menyebabkan beliau amat marah apabila merasa dihina oleh Louise, anak lelaki Anna.  Keegoan Chulalongkorn ternyata ketika didenda oleh Anna setelah pergaduhan tersebut.  Beliau langsung tidak mahu menurut perintah Anna kerana beliau merasakan rendahnya taraf wanita untuk memberikan arahan kepadanya.  Tetapi sikap Anna yang prihatin atas penderitaan orang lain menyebabkan Chulalongkorn berubah sikap. 

Beliau mula mahu mengambil tahu tentang penghidupan masyarakat dan penyelesaian ke atas permasalahan yang sama seperti itu.  Beliau juga mula menghormati Anna sebagai guru.  Sifat kepemimpinan mula ditunjukkannya ketika memegang amanah Raja Mongkut di ketika Raja itu pergi menentang pengkhianat negara, Jeneral Alak. 

 

  Tuptim                                      

Tuptim  merupakan seorang gadis yang dijadikan persembahan oleh bapanya, seorang ahli perniagaan, untuk menjadi gundik Raja Mongkut.  Watak sedih diawal kemunculannya dalam cerita ini kerana beliau yang terpaksa berpisah dengan kekasihnya dan terpaksa juga menjadi gundik raja tanpa kerelaannya.  Watak Tuptim ternyata membayangkan penderitaan yang dipendamkannya demi ketaatan kepada Raja. 

Beliau juga berminat untuk menambah ilmu dan turut sama-sama menjadi murid Anna Leonowens. 

Kecintaan dan kerinduannya kepada kekasih lamanya tidak pernah pupus dan akhirnya dia tewas melawan perasaan itu lantas meninggalkan istana dan mengikut kekasihnya menjadi sami di biara / kuil. Apabila ia ditangkap dan dihukum, ia dan kekasihnya tabah menghadapi hukuman mati dari Raja.

Watak Tuptim ini melihatkan bahawa sebagai wanita, ketika itu, tiada hak untuk membantah setiap keputusan pemimpin, samada ayahnya, mahupun Raja dan suaminya.   Kecurangan yang dilakukan oleh Tuptim ternyata menjatuhkan imej Raja Mongkut sebagai Raja dan suami sehingga Raja Mongkut terpaksa menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

 

  Jeneral Alak. 

Jeneral Alak adalah salah seorang menteri dalam kerajaan Raja Mongkut yang bertugas menjaga keamanan dalam negeri Siam ketika itu.  Beliau berwatak bengis dan berjiwa pemberontak.  Ia digambarkan sebagai seorang yang tidak setia dan merupakan ‘gunting dalam lipatan’ dalam kerajaan Siam. 

Ia sering membangkang dan tidak bersetuju dengan keputusan raja.  Ia bijak berpura-pura dan menyembunyikan perbuatan khianatnya.  Perancangan untuk merampas kuasa diatur rapi .  Sifat kepura-puraannya berjaya menipu daya adik Raja Mongkut iaitu Putera Chowfa sehingga beliau terbunuh.  Peringkat akhirnya, ia melancarkan tentangan terang-terangan ke atas gerombolan Raja Mongkut yang sedang cuba membawa keluar ahli keluarganya untuk menyelamatkan mereka itu dari ancaman pengkhianat.

 

  Putera Chowfa ,       

Putera Chowfa merupakan adik kepada Raja Mongkut yang memegang tugas menjaga keamanan negara Siam.  Beliau seorang yang bertanggungjawab dan prihatin ke atas kesengsaraan rakyat negara itu oleh kerana ancaman pengganas dari negara jiran, Burma.

Beliau seorang yang patuh dan taat kepada Raja, dan tidak mementingkan diri sendiri dalam menjalankan tugasnya.  Kesungguhan Putera Chowfa dalam menjalankan tugas dipaparkan di dalam filem ini.

Sungguhpun ia bijak, akhirnya Putera Chowfa terkorban setelah ditipu daya oleh Jeneral Alak yang tamakkan kuasa. 

 

  Permaisuri Thiang      

Watak Permaisuri Thiang adalah watak isteri yang patuh dan taat pada suami.  Apa juga yang diarahkan, dipatuhi.  Meskipun Raja Mongkut mempunyai ramai isteri dan gundek, namun permaisuri tiada langsung rasa cemburu yang ditunjukkan dalam filem ini.  Sebaliknya, ditunjukkan babak di mana beliau memberi nasihat kepada gundik baru raja agar bergembira ketika akan bertemu Raja Mongkut.

Beliau menjadi penolong kepada Raja Mongkut dalam menjaga keharmonian ahli keluarga yang ramai itu.  Beliau tidak pernah dibawa bersama dalam menyelesaikan masalah negara.

Permaisuri Thiang adalah seorang yang memahami dan tidak mementingkan diri atau keluarga sendiri dalam apa-apa hal.  Ketika Putera Chulalongkorn dihukum menulis di papan hitam, beliau tidak langsung menunjukkan rasa kasihan atau mahu menolong dan membela anak kandungnya itu.  Sebaliknya terus menghormati guru yang mengajar. 

Wataknya lebih kepada seorang isteri yang tugasnya hanya mematuhi segala perintah Raja / suaminya dan mengendalikan anggota keluarga Di Raja yang lain termasuk isteri-isteri dan gundik Raja Mongkut yang ramai itu.

 

  Puteri Fa ying

Salah seorang anak perempuan Raja Mongkut adalah Puteri Fa-Ying.  Puteri Fa-Ying yang masih kecil sangat manja dan paling disayangi oleh Raja Mongkut.  Fa-Ying juga adalah anak yang cergas dan cerdas.  Beliau mudah mengikut apa yang dilihat.  Sikap periang yang digambarkan merupakan kegembiraan bagi Raja Mongkut.

Perlakuannya tidak pernah dimarahi oleh Raja Mongkut sehinggakan apabila ia mengganggu Majlis Rasmi pun, Raja Mongkut tetap melayannya.  Walaupun begitu, beliau dilihat sebagai seorang anak yang telah diterapkan dengan nilai disiplin yang tinggi seperti anak-anak Raja yang lain walaupun beliau masih kecil.

Kegembiraan Raja Mongkut terpadam seketika apabila Puteri Fa-Ying jatuh sakit dan meninggal dunia.

 

  Moonshee dan Beebe 

Moonshee dan Beebe adalah dua orang hamba berketurunan India yang mengikut Anna pergi ke Siam.  Mereka dilihatkan sebagai dua watak yang memang telah lama menjadi hamba suruhan kepada Anna.

Walaupun hamba, kemesraan mereka menjadikan mereka kelihatan seperti sebuah keluarga.  Kedua mereka berasal dari negara India yang memang berada di bawah jajahan British ketika itu.  Mereka menjadi pembantu Anna dan keluarganya yang penyayang.  Beebe banyak kelihatan sebagai watak seorang ibu yang penyayang yang turut sama menguruskan Louise dan Anna di samping Moonshee.  Satu babak ketika Anna memberikan penerangan kepada Louise tentang perbezaan adat negara India dan Siam, Moonshee dan Beebe saling berpandangan.  Mungkin penonton boleh membuat tanggapan sendiri, apakah maksud mereka saling berpandangan itu.  Adakah kerana mereka sebenarnya tidak gembira kerana cara hidup mereka dikatakan sama dengan cara hidup orang British yang menjajah negara mereka atau spekulasi  lain yang boleh terlintas di pemikiran penonton.

 

 

  Wakil Kerajaan British/ Perancis    

Ramai juga rakyat British yang berada di Siam ketika Anna sampai di situ .  Sesampainya Anna, ia telah menyaksikan orang Perancis mengadap Raja Mongkut. Dapat dilihat pada episod di pertengahan cerita, di mana terdapat pegawai Inggeris yang terlibat dalam perniagaan yang kemudiannya dibunuh oleh kuncu-kuncu Jeneral Alak yang bersekongkol dengan pengganas Burma. 

Watak orang British/Inggeris yang lain dapat disaksikan dalam babak majlis jamuan makan malam yang diadakan oleh Raja Mongkut.  Mereka adalah bangsa yang terlalu membanggakan kemajuan mereka dan kadang-kadang bercakap tidak memikirkan isu sensitif bangsa lain termasuk menyentuh soal adat tradisi negara dan isu peribadi Raja Mongkut.  Watak Anna sebenarnya menutup kepincangan adab orang-orang  British yang datang ke Siam ketika itu yang kurang memahami adat tradisi negara Siam.

Sebagaimana orang-orang British, orang-orang Peranchis juga pernah menemui Raja Mongkut  samada untuk meminta bantuan, mahupun mengadakan hubungan dagang dengan negara Siam. 

 

 

 

 

 

 

  Pengawal Peribadi Raja Mongkut 

Watak ini tidak diperkenalkan mahupun diberikan namanya.  Tetapi lakonan Haris Iskandar dan Dharma Harun Al Rashid ini diberikan watak serius sepadan dengan watak yang dilakonkannya iaitu sebagai pengawal peribadi Raja Mongkut.   Mereka dilihatkan sebagai seorang pegawai kerajaan yang taat, setia dan penuh berdisiplin.  Walaupun begitu, pada klimak cerita ini, di mana Raja bertentang dengan Jeneral Alak (pengkhianat negara), watak Pengawal Peribadi ini diselitkan dengan unsur-unsur komidi yang mana menonjolkan perwatakan dan latar belakang sebenar Haris Iskandar sebagai salah seorang pelakon komidi di Malaysia.

 

 Jurubahasa Di Raja

 

 

Watak ini ditonjolkan di episod awal ketibaan Anna ke Siam.  Beliau merupakan jurubahasa dalam istana Raja Mongkut.  Watak yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki ini mempunyai kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa. 

Beliau seorang yang berdisiplin, setia dan beradab sopan serta patuh pada perintah orang atasannya tanpa banyak soal.

 

 

 

 

Isteri-isteri & Gundek-gundek  Raja

Raja Mongkut punya ramai isteri dan gundek.   Mereka semua digambarkan sebagai patuh dan taat pada Raja dan suami mereka.  Tiada ditunjukkan mereka bermusuhan mahupun cemburu antara satu sama lain.  Sebaliknya saling bantu membantu antara satu sama lain.  Contoh yang dapat dilihat adalah antara permaisuri Thiang dengan Tuptim, gundek raja yang terbaru. 

 

Anak-anak Raja

Dari isteri-isteri dan gundik-gundik yang ramai itu, maka tidak hairanlah jika Raja Mongkut punya anak yang ramai.  Semuanya dikumpulkan dalam ‘biara’ di mana mereka dibenarkan bergaul, bermain dan belajar bersama.  Anak-anaknya diberikan didikan agar menjadi pemimpin yang berpelajaran .  Dalam filem ini hanya ditonjolkan dua orang sahaja dari 58 anak Raja Mongkut.  Seorang, Putera Chulalongkorn dan seorang lagi Puteri Fa yin.  Anak-anaknya yang lain hanya berwatak sebagai pengikut sahaja.  Sentiasa menghormati dan mematuhi perintah dari ayah mereka.

 

 

 

Rakyat Siam

Rakyat Siam penuh dengan amalan tradisional yang asli kerana negara itu tidak dijajah oleh mana-mana kuasa dunia.  Mereka diajar taat dan menghormati serta menganggap Raja ibarat Tuhan yang dapat membantu serta mentadbir negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Analisis Kepemimpinan Berdasarkan Watak & Perwatakan

 

Di sini, kami akan memaparkan analisis beberapa watak utama dalam filem Anna And the King ini.

 

a. Raja Mongkut

 

Corak Kepemimpinan

 

Corak kepemimpinan yang ada pada watak Raja Mongkut yang dilakonkan oleh Chow Yun Fatt ini lebih kepada corak Demokratik.  Ini disebabkan segala pembuatan keputusan adalah dibincangkan bersama dengan anggota kabinet atau menterinya dahulu. Adakalanya beliau bertindak seperti seorang autokrat juga. Budaya dan adat kerajaan Siam mengkehendaki setiap orang sujud dan tunduk apabila mengadap raja.  Namun kelonggaran diberikan kepada pendatang asing, seperti orang Perancis dan British yang datang ke negara itu.  Begitu juga pada Anna yang diupahnya untuk mengajar anggota keluarganya.  Ia berpendapat bahawa Anna adalah seorang yang mahu menyamatarafkan dirinya dengan Raja kerana mahu segala kemahuannya dituruti, namun sifat mengalah tetap ada pada Raja Mongkut mungkin oleh kerana karisma yang ada pada Anna yang menyebabkan apa yang dilakukannya yang menyalahi adat Siam, tidak diambil tindakan oleh Raja Mongkut. Ciri-ciri corak kepemimpinan Transformational juga ujud pada Raja Mongkut di mana setiap apa yang dicadangkannya adalah bertujuan untuk kebaikan bersama dan untuk menggalakkan pengikut mencapai matlamat.  Cuma ada satu babak ketika Raja Mongkut menawarkan rokok kepada Louise, adalah sesuatu yang tidak baik untuk dipaparkan.  Mungkin pada budaya Siam, merokok bukanlah sesuatu yang tidak baik, bahkan menjadi satu keperluan.  Namun, di Britain, merokok telah dikenalpasti sebagai satu perlakuan yang hanya diperlakukan oleh orang lelaki dewasa sahaja .

Kecekapan dan Kemahiran pemimpin

 

Mengurus – Raja Mongkut bijak menguruskan masalah yang timbul dalam pemerintahannya.  Sikap boleh mengalah pada aspek-aspek yang menasabah menjadikan pemerintahannya berjalan lancar.  Begitu juga dalam urusan keluarga beliau.  Raja Mongkut yang punya 23 orang isteri dan 43 orang gundik dan 58 anak, dipaparkan sebagai ketua keluarga yang bijak dan penyayang dalam pengurusan hal-hal kekeluargaannya.  Namun cara penghormatan ahli keluarganya sama seperti penghormatan rakyat kepada rajanya.

Membuat keputusan – Raja Mongkut merupakan seorang raja yang berani dan bijak juga membuat keputusan.  Ini dapat dilihat ketika beliau terpaksa membuat helah meninggalkan kerajaannya untuk sementara waktu, demi menyelamatkan anggota keluarganya dan juga demi menyelamatkan maruah negaranya dari dikuasai oleh pemberontak dan pengganas dari negara jiran .   Keputusannya untuk mengupah Anna juga adalah dianggap sesuatu yang bijak walaupun peringkat awalnya, Putera Chulalongkorn merasakan bahawa beliau telah dihukum dengan arahan menerima guru dari bangsa asing.  Kehadiran guru berbangsa asing dianggap sesuatu yang amat menghinakan oleh Putera Chulalongkorn ketika itu. Akhirnya Chulalongkorn dapat melihat bahawa strategi ayahandanya adalah untuk kebaikan bersama juga.

Ketenangan Raja Mongkut ketika menghadapi Jeneral Alak yang khianat juga adalah satu faktor yang menunjukkan bahawa beliau bijak membuat keputusan.

Kuasa dan kepemimpinan – Raja Mongkut memiliki Kuasa Sah kerana beliau adalah Raja Siam yang diwarisinya dari pemerintah sebelumnya iaitu ayahnya. Sebagaimana yang akan diwariskannya pula kepada anaknya, Putera Chulalongkorn.  Selain dari itu, Raja Mongkut juga memiliki kuasa paksaan  yang membolehkannya memaksa rakyatnya mematuhi segala perintahnya.  Kuasa ganjaran juga dimilikinya kerana beliau mudah memberikan ganjaran kepada rakyat mahupun tetamu luar negaranya yang menurut perintahnya kerana beliau tahu bahawa ganjaran itu akan merupakan ibarat insentif yang  positif untuk menggalakkan seseorang individu ke arah melakukan perkara yang positif samada untuk dirinya atau untuk pemimpinnya.  Satu jenis kuasa lagi yang dimiliki oleh Raja Mongkut adalah kuasa personal atau rujukan.  Raja Mongkut mempunyai karisma, popular dan disanjung oleh rakyatnya.

 

Peranan dan tanggungjawab pemimpin

 

q       Kepada organisasi – untuk organisasi di sini yang dimaksudkan untuk analisis watak kepemimpinan Raja Mongkut adalah kerajaan Siam sendiri oleh kerana beliau adalah Raja kepada empayar Siam yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa asing.  Raja Mongkut berusaha untuk mencapai visi dan objektif nya untuk kemajuan empayarnya. Dalam filem ini, tidak pula dipaparkan akan usaha Raja Mongkut untuk memaham dan menyampaikan visi atau wawasannya kepada rakyat jelata.  Raja Mongkut memikul tanggungjawab yang berat dalam mentadbir negara Siam yang luas itu. Di samping organisasi kenegaraan, beliau juga mempunyai tanggungjawab terhadap organisasi kekeluargaan beliau.  Dengan bilangan isteri, gundik dan anak yang ramai itu, beliau mampu mengawal dan memberi didikan yang sepatutnya kepada mereka.  Kesempurnaan didikan dan kasih sayangnya itu tidak pula kita ketahui kerana cuma setakat apa yang dipaparkan dalam filem ini, Raja Mongkut amat mengambil berat akan beberapa anggota keluarganya sahaja, sedangkan yang lain, tidak ditunjukkan.  Tumpuan dalam filem ini hanya diberikan kepada Permaisuri (mungkin kerana beliau adalah isteri yang pertama yang diberi tugas mengawasi dan menyelia ahli keluarga yang lain) , Putera Chulalongkorn dan Puteri Fa Ying.  Namun usaha Raja Mongkut dalam mendidik sendiri anak-anaknya dengan penggunaan bahasa asing dan ilmu-ilmu kepemimpinan (kepada Putera Chulalongkorn) amat dibanggakan.

 

q       Kepada pekerja- pekerja bagi Raja Mongkut bolehlah kita anggapkan, anggota kabinet yang dilantiknya atau pembesar-pembesar kerajaan negara Siam yang terlantik.  Contohnya seperti penasihat atau Perdana Menteri Chao Phya, adalah antara yang terkategori sebagai pekerja Raja Mongkut selain dari rakyat keseluruhannya.  Sebagai ketua, beliau juga prihatin untuk menggalakkan pekerja nya menguasai apa juga kepakaran terkini bersesuaian dengan zaman itu.  Apa yang dapat kita lihat, salah seorang ‘pekerja’ beliau, adalah watak penterjemah bahasa yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki.  Melalui watak Afdlin dan juga watak Syed Alwi yang menjadi Perdana Menteri Chao Phya, ternyata bahawa Raja Mongkut memimpin para pekerjanya ke arah mencapai matlamat dan visi beliau.  Para pembesar negara diberi pelajaran dan mampu berbahasa Inggeris sekurang-kurangnya untuk memudahkan komunikasi ketika mentadbir negara.  Perbincangan sesama para menteri/pembesar juga sering dilakukan samada secara formal mahupun tidak formal.  Pekerja-pekerja Raja Mongkut ini juga adalah penyampai maklumat terhadap perkembangan dalam dan luar empayarnya.  Contoh yang boleh kita lihat, adalah berita di mana rakyat Siam dibunuh dengan kejam oleh pemberontak negara dan pengganas dari Burma yang disampaikan oleh Putera Chowfa yang melihat sendiri kekejaman yang berlaku itu.  Begitu juga bagaimana Raja Mongkut akhirnya dapat tahu siapakah talibarut dan pengkhianat sebenarnya, melalui maklumat yang disampaikan kepadanya.  Cuma mungkin sampainya maklumat tersebut agak lewat oleh kerana ketika itu belum ujud teknologi komunikasi yang canggih lagi. Peranan sebagai pembuat keputusan untuk para pekerja adalah juga salah satu peranan Raja Mongkut.  Setiap arahan yang diberikan kepada pekerja adalah untuk meningkatkan samada kemajuan negara mahupun keamanan dalam negaranya.

 

q       Kepada persekitaran – persekitaran di sini bermaksud setiap benda yang hidup atau sebaliknya.  Watak Raja Mongkut memaparkan juga bahawa beliau seorang yang prihatin kepada persekitarannya.  Salah satu babak yang ditunjukkan adalah ketika beliau membawa Anna dan anggota keluarganya berjalan menaiki gajah ke pesta menuai.  Beliau menggauli masyarakat dan mengambil tahu keperluan rakyatnya .  Kehadiran bangsa asing juga amat diambil berat kerana ia tahu, ada kebaikan yang boleh diaplikasikannya agar hadirnya mereka itu akan membawa kesan positif .  Di samping itu, beliau ambilkira juga peringatan dari para menteri termasuk pengkhianat negara itu iaitu Jeneral Alak yang mengingatkan agar berhati-hati dengan tipu helah orang asing yang banyak menjajah di negara-negara jiran mereka.  Raja Mongkut amat mementingkan keharmonian dalam negaranya dan beliau tidak mahu rakyat menderita dalam tempoh pemerintahannya.

q       Kepada negara – Raja Mongkut adalah ketua negara atau empayar Siam.  Dan beliau digambarkan sebagai seorang pemimpin yang sering memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk kemajuan negaranya.  Sebab itu , sebagai strategi awal, beliau mendidik diri sendiri, pembesar-pembesar dan ahli keluarganya dengan ilmu yang sepatutnya.  Kemudian baru beliau membuat keputusan mengupah tenaga pengajar dari dari luar negara untuk mengajar anggota keluarganya kerana beliau mempunyai perancangan yang jauh menjangkau masa depan empayarnya.  Selain dari berperanan menjaga keharmonian negaranya, Raja Mongkut juga bertanggungjawab memajukan negara, meningkatkan perdagangan negara dengan negara luar dan secara tidak langsung akan dapat mengharumkan nama negaranya pada mata dunia.

 

Faktor pemimpin – sebagai seorang Raja kepada sebuah empayar yang luas, Raja Mongkut memiliki ciri-ciri kepemimpinan untuk melayakkan beliau digelar pemimpin. Ini adalah perlu untuk memastikan kehendak, matlamat dan keperluan organisasi dan pengikutnya akan tercapai.  Antaranya adalah berilmu pengetahuan, adil, kesanggupan, kuat mental, fizikal dan jiwanya, bijak, tidak mudah mengaku kalah, mampu menyelia, matang segi sosial dan emosi, bersikap positif terhadap orang lain dan  optimis.  Selain dari itu, Raja Mongkut bijak dalam pembuatan keputusannya.  Beliau adalah seorang yang berinovasi dan mendorong pihak yang dipimpinnya ke arah perkembangan yang positif.  Faktor ini adalah penting memandangkan beliau adalah pemimpin rakyat yang ramai dalam empayarnya dan juga pemimpin kepada anggota keluarganya yang besar.

 

Faktor Organisasi –  Raja Mongkut mempunyai struktur pentadbiran organisasinya yang teratur mengikut hirarki. Ini adalah perlu untuk beliau membuat keputusan yang tepat dan bijak dalam apa juga keadaan atau situasi. 

 

Persekitaran – setiap organisassi dikatakan dipengaruhi oleh persekitaran yang menyebabkannya saling berkait.  Ia dikatakan perlu diambil berat kerana dapat menentukan pencapaian matlamat organisasi dan untuk mengekalkan keharmonian dalam organisasi.  Raja Mongkut amat prihatin dengan keadaan persekitaran beliau dalam membuat sesuatu keputusan.  Contohnya ketika mengadakan majlis jamuan makan malam dengan diplomatik asing, beliau sanggup mengenepikan penghormatan mengikut adat yang biasa diamalkan dalam pemerintahannya kerana mahu menyesuaikan dengan keadaan persekitaran yang dikelilingi oleh bangsa asing.

 

 

 

 

 

 

 

b.  Anna Leonowens

 

 

Corak Kepemimpinan

 

Corak kepemimpinan yang ada pada watak Anna yang dilakonkan oleh Jodie Foster ini lebih kepada corak Demokratik.  Beliau suka mengajar sesuatu dan mahu pihak pengikut sama-sama berbincang dan membuat keputusan.  Satu perkara, Anna seorang yang keras hati dan akan tetap dengan keputusannya apabila ia membuat keputusan.  Contohnya ketika ia menghukum anak dan Putera Chulalongkorn.  Selagi Putera Chulalongkorn tidak melaksanakan hukumannya, selagi itulah Anna akan tetap tidak membenarkannya pulang ke rumah, sedangkan waktu itu telah menjelang malam dan hujan pula turun.

Bagi orang Siam, Anna adalah seorang yang mahu menyamatarafkan dirinya dengan orang lelaki,  sehingga Raja Mongkut sendiri mengatakan, Anna bukan sahaja mahukan kuasa sama seperti lelaki, tetapi hak yang sama seperti Raja. Ciri-ciri corak kepemimpinan Transformational juga ujud pada Anna di mana setiap apa yang dicadangkannya adalah bertujuan untuk kebaikan bersama dan untuk menggalakkan pengikut mencapai matlamat.  Dalam filem ini dapat dilihat Anna mengajar untuk menjadikan anak-anak Raja Mongkut sebagai anak-anak yang berpelajaran tinggi dan mendapat didikan secara barat. 

 

Kecekapan dan Kemahiran pemimpin

 

Mengurus – Dari segi kecekapan Anna mengurus, tidak begitu dipaparkan dalam filem ini.  Namun Anna dapat dilihat sebagai seorang yang bijak menguruskan dirinya sendiri, mengawal perasaan dan menguruskan anaknya.  Sebagai seorang wanita yang kematian suami dalam usia muda, bukan mudah untuk tabah menjalankan penghidupan dan membesarkan anak bersendirian.

Membuat keputusan – Anna dapat membuat keputusan yang bijak walaupun dalam saat-saat genting.  Kita dapat melihat suasana ini di babak akhir dalam filem ini di mana saat-saat genting yang mengancam nyawa Raja Mongkut, Anna dapat memikirkan satu cara yang dapat menyelesaikan masalah yang timbul itu dan menyelamatkan keadaan.

 

Kuasa dan kepemimpinan – Ia tidak mempunyai kuasa formal, sebaliknya, dengan bermodalkan keyakinan dan kedegilannya, Anna dapat memiliki kuasa yang tidak sepatutnya dimiliki. Sumber kuasanya adalah dari peribadinya sendiri.  Ia juga dari sifat positif dan karisma yang ada di dalam keperibadiannya. Dikatakan begitu kerana, mengikut kelaziman dan adat rakyat Siam, Pembesar dan Raja perlu dihormati dan mereka mempunyai cara yang unik dalam menghormati kaum pembesar dan Raja, iaitu dengan sujud dan tunduk apabila bertemu.

Akan tetapi, Anna berkeras tidak akan mengikut cara mereka dan meneruskan adat-adat negaranya.  Ia seolah-olah mengengkari perintah raja, namun raja tidak mampu memarahinya bahkan mengikutkan sahaja karenah Anna.

 

Peranan dan tanggungjawab pemimpin

 

q       Kepada organisasi – untuk organisasi di sini yang dimaksudkan untuk analisis watak kepemimpinan Anna adalah kerajaan Siam sendiri oleh kerana beliau bekerja dengan Raja Siam iaitu Raja Mongkut.  Anna memikul tanggungjawab memberikan pelajaran kepada ahli keluarga Raja Mongkut. Ia mengajar bahasa Inggeris, Sains dan sastera kepada anggota keluarga diraja itu. Watak yang dibawa oleh Anna perlu bijak dalam menjalankan tugasnya, kerana pihak yang dipimpinnya itu terdiri dari pelbagai usia.   Selain dari itu, organisasi juga boleh memaksudkan ahli keluarganya. Anna sebagai ketua keluarga kepada waris tunggalnya iaitu anaknya, Louise, perlu memimpin dan mendidik anaknya seperti yang sepatutnya. Ia perlu menjelaskan visi dan objektifnya menerima tawaran untuk bekerja dengan Raja Mongkut kepada Louise.  Dengan itu, Louise akan dapat memberikan kerjasama dengan tidak menimbulkan masalah ketika Anna menjalankan tugasnya di Siam khususnya dalam lingkungan istana Raja Mongkut.

 

q       Kepada pekerja- pekerja Anna adalah dua orang suruhannya.  Anak dan murid-muridnya juga termasuk di bawah kategori pekerja.  Moonshee dan Beebe adalah dua orang berbangsa India yang dibawanya bersama ke Siam untuk menjadi pembantunya. Anna melayan pekerjanya itu seperti anggota keluarganya sendiri begitu juga sebaliknya.  Akan tetapi tidak ada ditunjukkan dalam cerita ini yang kedua pekerjanya itu mempunyai apa-apa masalah.  Yang bermasalah, biasanya Anna sendiri dan anaknya sahaja.

 

q       Kepada persekitaran – Anna seorang yang prihatin dengan apa yang berlaku di persekitarannya.  Contohnya, teriakan di malam hari yang didengarnya membawa kepada masukcampurnya Anna dalam urusan pentadbiran kerajaan Siam.  Namun peristiwa ini mengubah sikap Putera Chulalongkorn terhadap dirinya sendiri dan penerimaannya terhadap guru bangsa asingnya itu.

 

q       Kepada negara – oleh kerana ia bertugas di negara Siam, analisis ini akan menjurus kepada tanggungjawabnya kepada Siam itu sendiri.  Wataknya menonjolkan sikap peka terhadap kemunduran dan penderitaan rakyat Siam itu sendiri.  Ia begitu mengambil berat untuk menjaga keharmonian negara Siam sehingga tercetus ilham dengan strategi perang tipu helahnya dapat menyelamatkan negara Siam dari terjatuh ke tangan pengkhianat negara.  Selain dari itu, jika dilihat dari asal usulnya, beliau juga amat berbangga dengan kemajuan yang dicapai oleh negara asalnya iaitu England / Britain.  Sebab itu ia meminta agar ia dapat meneruskan adat dan peradaban negaranya ketika tinggal di Siam.  Ia bangga kerana cara hidup Barat dianggap sebagai cara hidup dunia!

 

Faktor Yang Mempengaruhi Kepemimpinan

 

 

Faktor pemimpin – Anna seorang yang tabah berusaha untuk mencapai visi dan objektif nya. Dengan ciri-ciri yang ada padanya, antara lain, berilmu, adil, sanggup meninggalkan negara asalnya, kuat mental dan kemahuannya, bijak, matang dalam mengawal perasaan atau emosinya,  bersikap positif terhadap orang lain dan optimis maka beliau punya faktor untuk digelar pemimpin.

Faktor Organisasi – Kajian dalam aspek keorganisasian yang melibatkan kepemimpinan Anna di sini adalah pentadbiran dalam istana / negara Siam, kumpulan murid-muridnya, keluarga dan orang suruhannya. Sepanjang tempoh lebih kurang 140 minit cerita ini, ditunjukkan bahawa mereka semua itu tidak menimbulkan masalah kepada Anna.  Budaya murid-muridnya difahami oleh Anna.  Kemudahan sepanjang ia berada di negara Siam ini, segala keperluannya dipenuhi oleh Raja Mongkut, sebagai ‘majikannya’.  Itu adalah antara sebab Anna mampu menentukan corak kepemimpinannya.

 

Persekitaran – Jika dilihat dalam beberapa aspek, Anna adakalanya berjaya mengaplikasikan kepemimpinannya dengan persekitaran dan ada ketikanya beliau seperti gagal.  Contohnya apabila beliau cuba mencampuri urusan sebuah keluarga bangsawan dengan membebaskan hamba suruhannya setelah tidak tahan menyaksikan penyiksaan yang dilakukan terhadap orang suruhan tersebut.  Dari tindakan yang diambil oleh Anna itu, beliau sebenarnya telah mencampuri urusan budaya dalam negara Siam itu.  Sebagai wanita, beliau sepatut tidak menyentuh isu-isu yang sedemikian ketika berada di negara penuh adat dan budaya ini kerana di negara tersebut, kedudukan wanita adalah dipandang rendah.  Kegagalan beliau apabila beliau terus mahu mencampuri urusan pentadbiran dengan berlandaskan emosi, apabila Tuptim, gundik Raja Mongkut ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati.  Tindakan Anna dalam filem ini yang menyebabkan Tuptim akhirnya mati di hujung pedang sedangkan sebelum itu Raja Mongkut mahu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup sahaja ke atasnya.  Ini adalah kerana Raja Mongkut merasakan bahawa tindakan Anna adalah keterlaluan dan mencabar kekuasaannya sebagai Raja negara itu.

 

 

 

 

 

4. Kesimpulan / Rumusan

 

Setelah menyoroti dari pelbagai aspek yang terdapat dalam filem ini, terutama dalam perwatakan kepemimpinan pada watak-watak dalam filem ini, maka dapat kami rumuskan bahawa kepemimpinan terdapat di mana-mana, samada orang itu bergelar pemimpin atau tidak.  Sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin kepada diri sendiri.

Apabila menjadi pemimpin, segala perlakuan perlulah yang positif, maka setiap individu yang memenuhi syarat itu akan menjadi pemimpin yang berkesan atau yang berjaya pada dirinya dan organisasi serta pengikut yang dipimpinnya. Kebijaksanaan dan kekuatan mental adalah amat perlu untuk menghadapi segala macam risiko dalam kepemimpinan.  Keberkesanan dalam pimpinan akan melahirkan pengikut yang setia dan mempunyai potensi untuk mencapai matlamat organisasi. 

Pengikut yang tidak berjaya dididik akan menimbulkan masalah di belakang hari yang adakalanya akan menikam pemimpin dari belakang agar mereka dapat mencapai matlamat mereka sendiri walau dengan apa cara sekalipun.

Selain dari itu, kita perlu sedar bahawa setiap individu termasuk pemimpin itu sendiri, mempunyai kelemahan juga.  Namun kelemahan tersebut boleh dilindungi dengan menonjolkan kelebihan dan kebolehan pemimpin tersebut.  Pelakon yang memainkan peranan untuk watak-watak utama dalam filem ini berjaya melakonkannya dan memberikan kepada kita tentang jalan cerita yang ingin disampaikan.

Filem ini banyak membawakan sifat-sifat kepemimpinan yang boleh dikaitkan dengan pembelajaran tentang kepemimpinan ini.   Watak-watak yang dibawa, adalah dari golongan atasan, hinggalah ke golongan hamba suruhan yang memainkan peranan untuk menghidupkan cerita tersebut.

Dalam filem ini semuanya mempunyai kaitan dengan kepemimpinan hampir setiap individu dalam watak yang mereka lakonkan samada mereka bergelar pemimpin secara formal mahupun sebaliknya.  Raja Mongkut, sememangnya seorang pemimpin yang memimpin rakyat dan keluarganya, Anna, seorang yang selalu bertindak seolah-olah beliau adalah pemimpin dan pemimpin bagi anak dan orang suruhannya, Chao Phya, Perdana Menteri Siam, memimpin orang bawahannya dan diberikan kuasa memimpin orang bawahan, Jeneral Alak dan Chowfa, diberikan kekuasaan untuk memimpin bala tentera dalam tugas menjaga keamanan negara, dan di akhir filem, dipaparkan pula Jeneral Alak sebagai pemimpin tentera pemberontak.  Cukup banyak perlakuan dan sifat kepemimpinan yang boleh dikaji dan dianalisis dalam filem Anna And The King ini.  Namun cuma satu dua watak sahaja yang sempat kami analisiskan untuk tugasan ini. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4.  Bibliografi

 

 

1.      http://www.teal.org.uk/Leadership/definition.htm

2.      http://www.tollbooth.org/movies/annaking.html

3.      Ms. 110 – Menjayakan Komunikasi Kumpulan Kecil- Dr. Izhar Tamam

4.      Jamilah Othman PhD & Lambak Tompang Ms. – Kepemimpinan  (DCE 3403) – UPM Serdang 2002.

5.      http://www.pmulya.ac.id/LOKKPE.htm

6.      http://satulelaki.com/cetak/0,7014,00.html



[1] http://www.teal.org.uk/Leadership/definition.htm

[2] Jamilah Othman PhD & Lambak Tompang Ms. – Kepemimpinan  (DCE 3403) – UPM Serdang 2002.

[3] Ms. 110 – Menjayakan Komunikasi Kumpulan Kecil- Dr. Izhar Tamam

[4] Jamilah Othman PhD & Lambak Tompang Ms. – Kepemimpinan  (DCE 3403) – UPM Serdang 2002.

[5] http://www.pmulya.ac.id/LOKKPE.htm

[6] http://satulelaki.com/cetak/0,7014,00.html