Make your own free website on Tripod.com

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

DI PADANG MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN, N.SEMBILAN

PADA TANGGAL 31 OGOS 2004

Sambutan Hari Kemerdekaan telah disambut meriah di Padang MPS Seremban. Sebanyak 93 kontinjen dari pelbagai jabatan dan syarikat swasta di negeri ini telah mengambil bahagian.  Mereka yang telah berkumpul dari awal pagi berbaris di padang sementara menanti para jemputan kehormat mengambil tempat masing-masing di pentas yang telah disediakan untuk dif-dif kehormat. 

 

Antara yang hadir adalah Pemangku Yamtuan Besar Negeri Sembilan bersama isteri, Menteri Besar N.Sembilan dan isteri, Dato' Kelana Putra, serta Undang-undang Luak Negeri Sembilan dan lain-lain.

Menteri Besar dalam ucapannya menyemarakkan semangat cintakan negara dan menyeru rakyat Negeri Sembilan khususnya agar mengambil iktibar dari perjuangan orang-orang lama. Tempuh 47 tahun merdeka yang sepatutnya telah mematangkan kita untuk benar-benar membebaskan diri dari cengkaman penjajah samada jajah segi fizikal mahupun penjajahan fikiran.  Beliau menyeru agar permuafakatan dapat dikekalkan kerana ia merupakan tunjang negara.masyarakat perlu memanafaatkan kemajuan yang dikecapi sekarang untuk bersaing dengan negara maju yang lain demi mencapai cita-cita negara seperti yang termaktub dalam Wawasan 2020. Sikap  'Long Life Learning' (tuntut ilmu sehingga akhir hayat) perlu ada dalam diri setiap masyarakat.

Di akhir ucapan, Dato' Seri menyeru rakyat Negeri Sembilan agar menjadikan Prinsip 3R (Reduce, Reuse & Recycle) sebagai sebahagian dari budaya hidup kita.

Kebanyakan kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan membawa sepanduk atau lambang yang menunjukkan bahawa aktiviti pertanian merupakan aktiviti utama negeri ini yang akan dipergiatkan lagi hari demi hari yang mana 2.2 % kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan hasil dari usaha pertanian
  Bendera Malaysia, Jalor Gemilang yang menjadi lambang perpaduan negara ini dibawa dengan bangganya oleh perajurit-perajurit negara melintasi tetamu-tetamu kehormat.