Tarikh Akhir Kemaskini:04 January, 2007
Best View with:
 

 SEKAPUR SIRIH

Salam sejahtera kepada pengunjung laman web Sekolah Kebangsaan Nyatoh.


Sekolah Kebangsaan Nyatoh merupakan salah sebuah sekolah kecil luar bandar di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Seremban yang beribu pejabat di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Semenjak saya menjadi Guru Besar di sini, saya telah berazam untuk membuktikan bahawa sekolah yang kecil ini juga mampu berjaya seperti mana sekolah-sekolah lain di luar bandar mahupun di bandar.   Itulah sasaran saya sehingga kini dan seterusnya selagi saya masih memegang tampuk pentadbiran di sini.  Setakat ini, kejayaan yang dicapai masih ditahap sederhana dan saya tidak akan berputus asa untuk terus membimbing anak-anak mahu pun guru-guru di sini agar menjadi insan yang cemerlang dan berjaya. Kejayaan adalah milik mereka yang mendidik lebih-lebih lagilah diharapkan bagi pihak yang dididik.
Keikhlasan dalam perkhidmatan adalah penting dan ianya pasti memerlukan pengorbanan. Pengorbanan adalah sesuatu yang tidak mengharapkan balasan sebaliknya sesuatu yang dilakukan untuk kebaikan pihak yang lain.  Perpaduan adalah penting untuk menghasilkan keharmonian.  Pecah belah adalah sesuatu yang bakal menggagalkan usaha ke arah kejayaan.
Sebagai penutup bicara, saya mengharapkan ujudnya laman web ini akan dapat meluaskan lagi pandangan dan pengetahuan pengunjung dan semoga dapat kami memanafaatkan kemajuan dunia ICT yang tiada bersempadan ini untuk kepentingan bersama.  Usah biarkan laman web ini usang bersawang tanpa diuruskan dan tidak dikemaskinikan.
Pandangan dan teguran membangun adalah diperlukan agar kesilapan dapat diperbetulkan dan ilmu dapat diperkembangkan.
Sekian, terima kasih.

FADILAH BINTI HAROON
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN NYATOH

 

 

TULIS DI SINI UNTUK SEBARANG CADANGAN:
EMAIL ANDA                  

CADANGAN/KOMEN  
                                          

WEBMASTER