
Salam Sejahtera untuk para
pengunjung laman sekolah ini,
Setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi menjengok ke laman
siber kami yang masih serba kekurangan tetapi menjanjikan
sesuatu yang akan sering dikemaskini dari masa ke semasa,
selagi kami mampu.
Semoga laman ini akan dapat sama-sama kita manfaatkan
seiringan dengan perkembangan dunia pendidikan di era ICT.
Sekiranya terdapat kekurangan mahupun kesilapan maklumat di
dalamnya, harap para pengunjung dapat menghubungi webmaster
laman ini agar dapat diperbetulkan. Begitu juga seandainya
para pengunjung kreatif dengan pelbagai idea lain demi
memperkembangkan kandungan di laman ini, maka kami amat
berbesar hati agar cadangan dapat diberikan dan hantar kepada
kami melalui ruangan di sini.
Buah Cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kami ini baru belajar
Kalau salah tolong betulkan.
Pn. Hjh. Siti
Fatimah bt Ya'acob
Guru Besar;
SK Nyatoh